Site icon Hot FM

Usaha martabat bangsa tak harus jerumus negara ke arah polarisasi, titah Agong


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah polirasasi akan wujud apabila kaum-kaum semakin merenggang di antara satu sama lain. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam titah baginda mengingatkan perjuangan memartabatkan sesuatu bangsa tidak seharusnya menjerumuskan negara ke arah polarisasi sehingga menggugat semangat perpaduan yang didambakan.

Seri Paduka bertitah, polarisasi akan wujud apabila kaum-kaum semakin merenggang di antara satu sama lain, sama ada disebabkan oleh perasaan, sikap, tujuan, dan cita-cita yang mengakibatkan kurangnya berlaku perhubungan antara pelbagai kaum.

“Polarisasi turut membawa implikasi sosiobudaya yang luas dan jika tidak dibendung akan mengundang unsur-unsur radikalisme dan ekstremisme sehingga mewujudkan skala pertentangan yang besar dalam masyarakat,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Turut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version