Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau mahu lihat masyarakat India keluar daripada kepompong kemiskinan.

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini sama sekali tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja, sebaliknya meliputi semua.
Anwar sedar ada pihak yang mendakwa beliau melindungi kepentingan satu kaum sahaja namun pendirian kerajaan perpaduan adalah memastikan semua mendapat hak masing-masing berpandukan perlembagaan.
“Jangan tanya saya berapa peruntukan untuk kaum Melayu, kaum India. Saya tidak peduli, ada sahaja jumlah, ada nama kita sahkan, kita tolong. Siapa yang miskin tegar, kita tolong. Kita tolong rakyat susah tak kira kaum,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat India Kedah malam…
