
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha sedang dibuat bagi memastikan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim tidak bertahan lama, serta Perikatan Nasional (PN) akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.
“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan Kabinet Anwar. Kita redalah apa yang berlaku.
“Jadi kami sedang berusaha supaya Kabinet ini tidak tahan lama dan insya Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.
“Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN, iaitu PAS,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Anwar memimpin kerajaan perpaduan terdiri daripada PH yang memenangi 82 kerusi, diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23) dan Gabungan Rakyat Sabah (6)…