Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Usia Muda Bukan Penghalang” – Hangat Sulam Cinta Dengan Atlet Bola Keranjang Hong Kong, Yazmin Aziz Bakal Tamatkan Zaman Bujang Hujung Tahun Ini?

today21 February 2023

Background

Selepas episod cinta bersama pemain bola sepak gagal sebelum ini, kini penyanyi Yazmin Aziz sudah menemui cinta baharu iaitu seorang atlet bola keranjang asal Hong Kong.

Memetik laporan mStar, Yazmin berkongsi detik perkenalan bersama jejaka bernama Austin Veloso itu pada Januari lalu.

“Kami bertemu pada Januari ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan tersebut.

“Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.

“Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” kongsinya.

Tambah pelantun lagu Pencuri Hati ini dia mengakui selesa bersama Austin dan tidak menolak rezeki untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Dari dulu lagi saya sentiasa tetapkan dalam fikiran kalau bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin.

“Austin seorang lelaki yang berbeza dan saya rasa tenang dengannya. Apa yang dia mahu selari dengan pendirian saya.

“Secara peribadi, saya sedia untuk berkahwin. Usia muda bukan jadi penghalang. Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin.

“Walaupun kami ini LDR (percintaan jarak jauh), tapi rasanya dia sentiasa ada bersama. Dia selalu update melalui mesej dan telefon. Kami juga cuba untuk tetapkan berjumpa sebulan sekali sama ada saya terbang ke sana atau dia datang ke sini,” ujarnya.

Terdahulu, Yazmin menjalin cinta bersama pemain bola sepak Nixon Guylherne dan hubungan tersebut tidak bertahan lama.

Sumber: mStar

Written by: Aqilah


Previous post