Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Usik Jurusolek Melatah… Lelaki Gatal ‘Buat Semak’ Di Ruangan Komen Dynas Mokhtar

today25 October 2022

Background

Pelakon Dynas Mokhtar mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan aksi yang didakwa kurang menyenangkan buat segelintir netizen.

Video berdurasi 53 saat itu menunjukkan perbuatan Dynas yang menyakat jurusolek dikenali sebagai PS Mansur yang sedang mendandan rambutnya.

“Syok kacau orang melatah,” tulisnya di ruang kapsyen.

Namun begitu, video yang menunjukkan Dynas sedang ‘twerk’ membelakangi PS Mansur itu mengundang sesetengah netizen nakal yang meninggalkan komen beransur lucah meskipun dalam nada bergurau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lelaki mahu disakat oleh selebriti ini unutuk menggantikan tempat jurusolek selebriti ini.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan mereka yang terhibur melihat gelagat Dynas yang suka mengusik bagi menghilangkan rasa kebosanan ketika sesi penggambaran.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 1.7 juta tontonan, 83,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

Written by: Salma