
PETALING JAYA: Bekas timbalan ketua menteri Sabah mempertahankan tindakan pihak berkuasa yang mengusir komuniti Bajau Laut di Semporna, tetapi mengkritik tindakan membakar rumah yang dirobohkan.
Adun Sulabayan dari Warisan, Jaujan Sambakong berkata tindakan membakar rumah keluarga Bajau Laut bukan amalan baik dan ia memberikan persepsi negatif terhadap Malaysia di mata dunia.
Katanya, tindakan pihak berkuasa merobohkan rumah sementara itu adalah wajar kerana ia dibina dalam Taman-taman Tun Sakaran tetapi ia haruslah dilakukan secara berperikemanusiaan.
“Tetapi tindakan membakar selepas merobohkan itu bukan amalan kita. Perlu ada pendekatan terbaik menyelesaikan perkara itu, walaupun mereka ini bukan warganegara,” katanya yang dipetik sebagai berkata oleh Utusan Borneo.
“Robohkan setinggan itu sangat…