PETALING JAYA: Wong Chen dari PKR menggesa pendengaran khas Parlimen berhubung pengusiran terburu-buru seorang pekerja Kemboja yang 4e321didakwa mengkritik bekas pemimpin negara itu, Hun Sen di media sosial.
Ahli Parlimen Subang itu berkata, semua pegawai terbabit dalam pengusiran Nuon Toeun ke Kemboja perlu dipanggil menjelaskan keputusan mereka.
Katanya, beliau akan berbincang dengan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid untuk memulakan pendengaran pada bulan depan atau Disember ini.
Leong ialah pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, manakala Syerleena mengetuai Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Polisi Pelarian.
Wong yang juga pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan…