Satelit A-SEANSAT-PG1 dengan kerjasama syarikat Angkasa-X Innovation Sdn Bhd dilancarkan ke angkasa lepas dari Rusia.

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama sebuah syarikat teknologi angkasa lepas tempatan Angkasa-X Innovation Sdn Bhd, melancarkan satelit orbit rendah bumi (LEO) ke angkasa lepas dari Rusia, hari ini.
Naib Canselor USM Abdul Rahman Mohamad berkata pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 itu, akan menerajui pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas Malaysia dan memacu kemajuan ekonomi bagi negara dalam kawasan khatulistiwa.
“Peristiwa bersejarah ini melambangkan hasil kerja keras dan komitmen yang tinggi. Kejayaan pelancaran ini bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan Malaysia dalam teknologi angkasa lepas, tetapi juga menjadi inspirasi kepada…