
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) menggantung keahlian enam ahlinya termasuk Timbalan Presiden I, Ibrahim Linggam kerana didakwa melanggar disiplin dan perlembagaan parti.
Lima lagi yang dikenakan tindakan serupa adalah Ahmad Kanajaan, Hussin Ibnu Hassan, Mohammad Hafeiz Hussin, Sazali Justi dan Sallehudin Kasau, lapor Borneo Post.
Presiden Usno Pandikar Amin Mulia berkata tindakan itu diambil di bawah Fasal 49.10 perlembagaan parti, yang memberi kuasa kepada presiden untuk menggantung ahli yang dilihat menjejaskan kestabilan parti.
“Tindakan ini penting bagi mengelakkan parti menjadi kucar-kacir serta memastikan proses siasatan dapat dijalankan secara teratur,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Kota Kinabalu.
Pandikar berkata penggantungan itu bersifat…