Hot FM

Ustaz dipercayai liwat, polis syak lebih ramai pelajar jadi mangsa


Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata ustaz itu mengajar di pusat tahfiz tidak mendapat kebenaran beroperasi pihak berkuasa agama negeri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis yakin ramai lagi pelajar pusat tahfiz menjadi mangsa susulan penahanan seorang ustaz dipercayai meliwat tiga pelajar di Machang, sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata setakat ini, enam laporan terhadap suspek sama telah diterima, termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.

Katanya, beliau yakin ramai lagi mangsa yang merupakan pelajar pusat tahfiz enggan tampil kerana masih bersikap ragu-ragu.

“Suspek masih direman sehingga 29 April ini dan banyak lagi perkara yang kita ingin lihat. Sebelum ini, tiga laporan dibuat pelajar di Bachok yang merupakan tempat suspek bertugas sebelum ini.

“Mungkin ramai lagi mangsa kerana di Machang sahaja kita dapati penuntut dan pelajarnya ada 15 orang. Jadi, mangsa yang lain mungkin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version