Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ustaz Kazim Elias Terkilan Namanya Terkait Kontroversi Kes Rogol Remaja Bawah Umur

today29 July 2022

Background

Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias, 49, meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh melakukan amang seksual kepada seorang remaja berumur 14 tahun.

Ia susulan selepas media melaporkan seorang penceramah bebas bergelar ustaz dalam lingkungan usia 30-an ditahan atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru-baru ini.

Ekoran ritu, secara tidak langsung ramai dalam kalangan wargamaya telah menimbulkan spekulasi liar dan mula berteka-teki mengenai gerangan suspek berkenaan sehingga nama Ustaz Kazim turut terpalit sama.

Tidak berdiam diri, Ustaz Kazim tampil mempertahankan diri untuk mengelak imejnya terus dicemarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan: Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – β€œTanya Bab Agama, Tapi…”

β€œDalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya.

β€œNasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut,” ujarnya.

Sementara itu, Ustaz Kazim turut berkata dia terkilan dengan cara penyampaian segelintir media yang tidak jelas terutamanya melibatkan kes sedemikian kerana difahamkan boleh menimbulkan fitnah.

Ustaz Kazim menerusi ceramahnya telah menegur pihak media untuk berlaku adil kepada semua golongan serta tidak perlu menggantungkan sesuatu laporan.

β€œPemberita patut lebih khusus jika ingin menggambarkan si pesalah. Jangan dibiarkan tergantung atau sembrono labelkan dengan gelaran ustaz.

β€œSekarang ni zaman orang tunggu masa saja nak hentam ustaz-ustaz. Lebih adil sekiranya gambaran pelaku itu adalah berdasarkan fizikalnya semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memperingati semua pihak agar tidak terus mudah menjatuhkan hukuman kepada suspek sekiranya masih belum didapati bersalah.

Artikel Berkaitan: Ada Mendakwa Remaja 14 Tahun Yang R*gol Penceramah Bebas? Firdaus Wong Tampil Bidas Dakwaan!

Written by: Aqilah


Previous post