Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ustazah Tersentuh Terima Kejutan Ucapan Hari Jadi

today13 September 2021

Background


Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan semasa itu seorang ustazah sedang menjalani kelas secara online bersama dengan anak-anak muridnya.

Namun, dia mula berasa hairan kerana dia langsung tidak boleh melihat muka anak-anak muridnya itu.

Dia kemudian memanggil mereka semua dan bertanyakan adakah line di rumahnya yang bermasalah kerana dia masih tidak dapat melihat mereka.

Tidak lama selepas itu, anak-anak muridnya mula membuka kamera masing-masing dan mula memberi ucapan selamat hari jadi sambil memegang kertas yang ditulis. Perkara itu membuatkan ustazah mereka terharu dan menangis melihatnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Yang Hangat

Tak sakit pun cucuk vaksin – Fieya Julia

KUALA LUMPUR: Bersaing dengan 19 calon awal kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Fieya Julia menganggap semangat kekitaan atau ‘unity’ perlu diterap dalam diri setiap insan dalam berdepan pandemik COVID-19.

today13 September 2021