
PETALING JAYA: Ketua Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf Abdillah Suffian menggesa semua pihak mengutamakan kepentingan negara dalam menyelesaikan kebuntuan rundingan hak gas antara Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).
Bekas senator itu berkata, anggota kerajaan persekutuan dan Sarawak, serta ahli politik sehaluan dengan mereka, harus mengetepikan kekecewaan masing-masing bagi membolehkan penyelesaian pertikaian semasa dicapai dengan cepat dan adil.

“Rundingan dibina atas dasar saling menghormati dan keikhlasan. Suara dan tindakan ekstrem tidak berguna serta tidak dialu-alukan kerana ia boleh menggagalkan penyelesaian menguntungkan Malaysia dan Sarawak.
“Apabila kedua-dua pihak setuju berunding, ia adalah dengan pemahaman bahawa dialog—bukan tindakan unilateral—akan menjadi jalan…