
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Mohd Shafry Mohd Rahim sebagai naib canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok.
KPT menerusi kenyataan, turut mengumumkan pelantikan Yatimah Alias sebagai naib canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi tempoh sama berkuat kuasa 13 Jan ini.
Pelantikan itu bagi menggantikan bekas Naib Canselor dua universiti berkenaan, iaitu Ahmad Fauzi Ismail yang sebelum ini menerajui UTM dan Yusserrie Zainuddin di UMPSA.
“KPT yakin pelantikan mereka akan memperkasakan pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan teknologi terkini serta melahirkan graduan berminda global yang bersifat tersedia industri, berdaya saing, kreatif dan inovatif serta mempunyai jati diri yang tinggi,” kata kenyataan itu.
Menteri…