
PETALING JAYA: UtusanTV tidak ada kaitan langsung dengan Media Mulia mahupun akhbar Utusan Malaysia.
Utusan Malaysia dalam kenyataan di portalnya, menjelaskan Utusan Malaysia dan permit penerbitannya adalah milik sah Media Mulia.
Semua kandungan digital Utusan Malaysia disiarkan di laman sesawang utusan.com.my dan semua platform sosial media menggunakan jenama Utusan Malaysia.
Penggunaan nama “Utusan” telah menimbulkan kekeliruan mengenai pemilikan sebenar dan sering dikaitkan dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia.
Media Mulia menegaskan sekali lagi bahawa ia tiada kaitan dengan kandungan, pemilikan, pengurusan, dan operasi “UtusanTV” yang dimiliki syarikat lain.
Syarikat itu berhak mempertahankan haknya bagi memastikan jenama perniagaan dan akhbar Utusan Malaysia sentiasa dipertahankan serta tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.
Hari ini, Malaysiakini melaporkan kerajaan telah…