Dua lagi rakan senegara mangsa sempat menyelamatkan diri selepas van itu terbakar akibat bertembung sebuah lori semalam.

PETALING JAYA: Seorang warga Pakistan rentung, manakala dua rakan senegaranya terselamat, selepas van dinaiki mereka terbakar akibat bertembung sebuah lori di KM52 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di Kluang, Johor semalam.
Mangsa ditemui di tempat duduk belakang, selepas api dipadamkan pasukan bomba sepenuhnya dalam kejadian 5.30 petang itu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Nizar Mamun, berkata dua warga Pakistan yang berjaya menyelamatkan diri dikenali sebagai Ali Ghafar dan Khan Saleem.
“Kebakaran berlaku selepas van bertembung dengan lori Isuzu lima tan yang membawa muatan batu.
“Tiga mangsa berada di dalam van, iaitu pemandu dan penumpang depan yang berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang…