
PETALING JAYA: Syarikat yang terbabit dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah tiada lesen untuk aktiviti pembungkusan stoking dan sarung tangan, kata exco Johor.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Mohd Jafni Md berkata, Xin Jian Chang Sdn Bhd melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), lapor Bernama.
“Kilang itu sepatutnya menjalankan aktiviti stor dan pengedaran kasut sahaja.
“Itulah sebab notis membatalkan lesen dan penutupan premis diberikan kepada mereka,” kata Jafni yang dipetik sebagai berkata.
Jafni berkata sebaik lesen itu dibatalkan sukar untuk syarikat itu untuk mendapatkan lesen baharu kerana mereka mungkin akan disenarai hitamkan.
“Sukar untuk syarikat itu memohon lesen kembali kecuali mereka menubuhkan syarikat baharu,”…