Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Versi Gerak Khas Delete Scene” – Isu Penyondol, Sajat Back Up Marissa Dania, Netizen Pula Terhibur

today19 September 2023

Background

Pempengaruh media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi mencuri perhatian selepas dia tampil mengulas isu panas membabitkan anak kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim di TikTok.

Menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan semula oleh peminat, Sajat kelihatan menyalahkan Aslam di atas apa yang berlaku sekaligus berpendapat Marissa Dania sebenarnya tidak bersalah.

“Engkau (Aslam) dan kantoi dengan bini kau lepastu kau nak salahkan pula budak tu (Marissa) dan kata budak tu salah. Aku tak percaya!,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat juga sempat melakonkan beberapa watak dalam siri drama popular, Gerak Khas berhubung situasi yang menimpa Marissa baru-baru ini.

“Aku kalau jadi Abby Abadi aku akan tengok muka anak aku sambil tiru cara Abby cakap dalam gerak khas, ‘Tuan saya akan siasat Tuan. Perkara macam ni tak boleh berlaku kerana ia boleh merosakkan anak muda tuan!

“Saya rasa kita kena siasat perkara ini kerana hal ini tidak seharusnya berada dalam negara kita. Lelaki sekarang suka mengambil kesempatan pada wanita terutama sekali budak-budak muda seperti Marissa,” katanya.

Terhibur dengan aksi spontan Sajat, rata-rata warganet memuji sikapnya yang sentiasa peka dengan kontroversi yang berlaku di Malaysia.

Malah, ada segelintir yang berpendapat Sajat semakin kelakar dan ‘open minded’ sejak duduk di luar negara.

“Tersembur akak sajat tengah minum air.

“Sajat ni duduk oversea tapi tak terlepas tahu apa jadi dekat malaysia. Lawak la!.

“Sajat!!! AC MIZAL tak ada kena mengena dalam cerita anak Abby.. kelakar laa Jat! Pandai melawak!

“Peningla Sajat…penat tau ketawa.

“Sajat menganjing cara halus versi gerak khas deleted scene,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Written by: Salma