Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Versi Orkestra Buat Peminat Meremang! Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zakwan Rakam Semula Mengusung Rindu, #2 Carta Trending YouTube!

today10 August 2022

Background

Empat artis lelaki muda, Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan tampil dengan versi rakaman semula lagu β€˜berhantu’, Mengusung Rindu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Achik dan kumpulan Spin.

Apa yang menariknya, empat gabungan vokal penyanyi lelaki hebat melalui lagu Mengusung Rindu itu dirakamkan dalam versi orkestra.

Menurut Haqiem, dia amat teruja untuk mencuba perkara baru dan bekerjasama dengan penyanyi yang lain.

β€œSaya suka mencuba sesuatu yang baru, eksperimentasi yang di lakukan di dalam lagu ini membuat kan saya sangat teruja.

“Tambahan pula apabila melibatkan gabungan empat vokal penyanyi lelaki yang masing masing mempunyai karakter suara yang berbeza,” kata Haqiem.

Pada masa sama, ini merupakan single ketiga buat Afieq untuk menyanyikan lagu versi rakaman semula dan teruja dapat bergandingan bersama Haqiem.

β€œSebelum ini saya sampaikan Layu Dihujung Mekar secara solo dan Malam Semakin Dingin berduet dengan Tajul sahaja, tetapi kali ini melibatkan gabungan yang luar biasa.

“Saya rasa teruja bila dapat tahu Haqiem mahu terlibat sama di dalam Mengusung Rindu versi 2022 ini,” kata Afieq.

Adik kepada Allahyarham Achik, Tajul meluahkan rasa bangga kerana rakan duet yang lain sudi menyanyikan semula lagu arwah abangnya.

“Terima kasih Haqiem, Afieq dan Zack kerana mewarnai Mengusung Rindu ini dengan cara kalian tersendiri,” kata Tajul.

Sebagai pendatang baru tentunya Zack orang yang paling teruja diberi peluang untuk bergabung dengan penyanyi-penyanyi hebat.

β€œAwalnya saya rasa terlalu kerdil untuk berasa sepentas bersama Haqiem Rusli, Afieq dan Tajul. Tetapi setelah proses rakaman dan muzik video siap, saya rasa lebih yakin kerana semangat dan kerjasama serta galakan yang mereka bertiga berikan pada saya membuat saya jadi kuat dan keyakinan saya bertambah,” kata Zack.

Mula ditayangkan di YouTube pada 28 Julai, jumlah tontonan Mengusung Rindu telah mencecah lebih 1.8 juta penonton serta menerima β€˜feedback’ yang sangat menggalakkkan.

Lagu tersebut kini berada di kedudukan #2 carta trending YouTube.

Di ruangan komen, ada antara netizen yang ‘meremang’ mendengar susunan orkestra yang diberikan kepada lagu terbabit.

Written by: Aqilah


Previous post