Hot FM

Veteran DAP tarik diri pemilihan strategi hadapi PRU16, kata penganalisis


(Dari kiri) Pemimpin veteran DAP Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Phee Boon Poh dan M Kulasegaran menarik diri daripada pemilihan CEC bulan depan bagi memberi laluan kepada generasi baharu.

PETALING JAYA: Penganalisis politik berpandangan tindakan beberapa veteran DAP menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bulan depan sebagai strategi menghadapi PRU16.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat, mereka mungkin bertindak demikian selepas menyedari sokongan kepada DAP, khasnya pengundi muda Cina mula merosot.

“Pengaruh DAP sekarang dilihat sedikit demi sedikit telah hilang, terutama di kalangan pengundi muda Cina.

“Jadi, mereka sedar DAP sebenarnya, terutama barisan CEC memerlukan muka dan nafas baharu, sebab itu saya melihat pengunduran pemimpin veteran demi memberi peluang kepimpinan muda, generasi baharu untuk memastikan mereka dapat tarik balik pengundi muda kepada DAP,” katanya kepada FMT.

Azmi juga tidak menolak kemungkinan beberapa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version