Menerusi video dimuat naik oleh akaun @dianajlndr yang merupakan ejen perumahan, dia berkongsi momen apabila pelanggannya yang membayar duit deposit rumah dengan hasil tabungan.
Dapat dilihat, lelaki tersebut telah datang dengan membawa empat botol air minuman berisi duit syiling.
Menurut laporan, lelaki berkenaan akan menabung duit syiling itu setiap hari hasil daripada jualan martabaknya.
Ejen hartanah juga terpaksa mengira semua duit syiling sepanjang hari bagi mengetahui jumlah sebenar dalam botol tersebut.
Malah, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535), lebih daripada cukup untuk membayar deposit pembelian rumah berkenaan.
Peniaga martabak itu juga menerangkan telah menyimpan duit itu hampir tiga tahun.