Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Adegan Andi Bernadee Dukung Janna Nick Dalam Drama Siri Melastik Ke Hatimu 2 Cetus Pelbagai Reaksi Warganet!

today19 September 2023

Background

Pelakon dan penyanyi Janna Nick sekali lagi menjadi bualan warganet apabila membuat sebuah perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, memuat naik foto dan video yang memaparkan dia bersama pelakon dan penyanyi Andi Bernadee di set penggambaran.

Lebih menarik, Janna turut berkongsi momen di sebalik tabir sebuah babak yang dilakonkan dia dan Andi dalam drama Melastik Ke Hatimu 2.

Video tersebut memaparkan Janna yang memegang watak Haura memanjat ke belakang badan Andi (watak Ziyyad) dengan teruja sekali.

‘Mamat kayu cengal & Haura rempit sejati is back. #MelastikKeHatimu2,” tulis Janna ringkas.

Namun menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu.

Ada yang berseloroh dengan mempersoalkan adakah Andi Bernadee berasa berat apabila mendukung Janna seperti itu. Malah ada juga berkata mujur Andi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berat tak Andi dukung Janna,” seloroh seorang waraganet.

“Ya Allah, peha seketul tu, mujur la dia tak slip disc dukung hang Janna oi, hahah,” komen warganet.

“Kuat juga si Andi ni ya,” tulis seorang warganet.

Namun, ramai juga yang mengkritik aksi gandingan utama tersebut kerana menyifatkan tidak manis bagi seseorang yang bergelar isteri kepada seseorang melakonkan babak tersebut.

Untuk info, Melastik Ke Hatimu 2 diarahkan oleh Azmi Hata itu sudah mula bersiaran di slot Lestary TV3, bermula 16 September 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton.

Drama bersiri 25 episod ini mengekalkan Janna Nick dan Andi Bernadee sebagai gandingan utama, menampilkan barisan pelakon-pelakon handalan seperti Afifah Nasir, Wani Kayrie, Hafidz Roshdi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan, Idzham Ismail, Sharul Kamal dan ramai lagi.Β 

Written by: Aqilah


Previous post