Menerusi video yang dimuat naik oleh @hanahadieya, kelihatan keluarga itu sedang meraikan hari lahir si atuk yang digelar sebagai Aki.
Si atuk dan cucu-cucunya dilihat sangat teruja kerana mendapat kek birthday yang sangat istimewa iaitu boleh menarik duit keluar daripada kek tersebut.
Namun, situasi bertukar lucu apabila duit itu tersekat di dalam kek kerana tidak boleh ditarik keluar. Rupa-rupanya, kek itu sangat keras sehingga menyebabkan duit-duit tersebut melekat walaupun sudah cuba pelbagai cara.