Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Aksi Eizlan Yusof Main Rollerskate Buat Netizen Terpukau

today19 August 2022

Background

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang aktif dengan aktiviti menyelam kali ini memukau mata netizen dengan bermain rollerskate seperti seorang profesional.

Menerusi video di TikTok miliknya, Eizlan memberitahu dia kembali bermain semula selepas 31 tahun meninggalkan aktiviti riadah ini.

β€œI’m back after 31 years! From 1991 to 2022. Bolehlah sikit-sikit daripada takde, lepas tu sapu minyak panas satu badan,” tulisnya.

@eizlanyusof Im back after 31 years! 1991 ➑️ 2022.. bolehlah sikit2 daripada takde, lepas tu sapu minyak panas 1 badan 🀣🀣🀣 mana geng GALAC, SEMUA HOUSE U5, SPINNING WHEEL ni??? #rollerskating #rollerskater #rollerskate #foryourpage #foryoupage #fypage #fypγ‚·γ‚šviral #fypγ‚· #fyp ♬ Pump It – The Black Eyed Peas

Pada masa sama, Eizlan menyeru dimana kumpulan tempat dimana dia selalu bermain rollerskate.

β€œMana geng GALAC, SEMUA HOUSE U5, SPINNING WHEEL ni?” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji kehebatan dan terpukau dengan aksi yang dilakukan oleh pelakon berusia 51 tahun ini.

β€œWow..hebatlah Datuk.

β€œHuyoo hebatnya.. kalau saya baru bangun dah jatuh.

β€œWowww you’re amazing at skating!” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post