Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Aksi Johan Bikin Netizen Geli Hati, Selamba Je Tiru Abang Bomba Sado!

today1 September 2022

Background

Tular mengenai video perarakan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 apabila memperlihatkan beberapa anggota bomba yang berbadan sasa mewakili unit yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Susulan itu, menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun @AzimSuhaimi di TikTok memaparkan pelawak dan penyampai radio, Johan meniru semula aksi yang dilakukan oleh abang bomba ketika perarakan menarik perhatian ramai wargamaya.

@jibrilazim_ Power abe bomba! #Hotfm #bomba #merdeka ♬ original sound – Abe

Perkongsian video tersebut menunjukkan Johan sedang berdiri di atas sebuah kereta sambil melakukan aksi bina badan.

Apa yang lebih menghiburkan, anggota-anggota bomba tersebut dilihat sedang menolak kereta yang dinaiki Johan di perkarangan bangunan Sri Pentas, Petaling Jaya.

Rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat Johan malah ada segelintir wargamaya tertumpu kepada seorang yang anggota yang dikatakan tampan.

Β  Β  Β  Β 

Petugas bomba berbadan sasa dijemput sebagai tetamu segmen Bekpes Hot HaHaHa-Ngat di Hot FM pagi tadi.

Dengarkan segmen Bekpes Hot HaHaHa-Ngat yang dikendalikan oleh Johan, Fara Fauzana dan AG setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi, hanya di Hot FM!

Written by: Aqilah


Previous post