Site icon Hot FM

[VIDEO] Aksi Mat Rempit Selamba Sekat Pengguna Jalan Raya Buat Lumba Haram Dikecam Ramai


Menerusi perkongsian video di laman X, kelihatan seorang individu terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas di tengah-tengah lebuh raya selepas ditahan oleh seorang pemuda.

Difahamkan, kejadian berlaku di laluan LPT di sekitar Temerloh. Di dalam video dahscam tersebut, dapat dilihat dua orang individu sedang bersiap untuk memulakan perlumbaan haram itu.

Apa yang membuatkan ramai marah mereka dengan selamba menyekat laluan lebuh raya tanpa mengendahkan keadaan keadaan trafik yang sibuk masa itu.

Malah, mereka berlumba dengan tidak memakai topi keledar dan memakai baju hitam yang menyukarkan pemandu lain sukar untuk dilihat dengan jelas.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram berkenaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version