Usahawan sensasi, Kak KM, sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang menilai seseorang hanya berdasarkan rupa luaran dan penampilan.
‘Aku tak pernah gaduh dengan orang’
Menerusi klip video yang dikongsikan semula di TikTok memaparkan Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli menjelaskan bahawa meskipun dirinya tidak berhijab dan sering tampil dengan gaya yang seksi, namun dia tidak pernah menzalimi sesiapa, apatah lagi bergaduh dengan orang lain tanpa sebab.
Aku tak pernah gaduh dengan orang walaupun korang nampak saya macam ni daripada bertutup muslimah tapi hati macam iblis, tak guna juga.
Tambahnya lagi, dia kesal apabila masyarakat mudah melabel individu berdasarkan penampilan semata-mata, tanpa melihat kepada sikap dan hati budi seseorang.
Kau nampak aku rambut kuning, mesti ingat aku selalu gaduh dengan orang. Habis tu kau nak aku buat apa? Nak aku pakai tudung, nampak baik-baik?
Dalam pada…
