Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Antara Artis Malaysia Sebutan Jelas Nyanyi Lagu Inggeris” – Peminat Teruja Aishah ‘Cover’ Lagu Meghan Trainor

today8 February 2023

Background

Penyanyi lagenda, Datuk Aishah sekali lagi menjadi perhatian apabila menyanyikan lagu bahasa Inggeris, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aishah memuat naik rakaman yang memaparkan dia sedang menyanyikan lagu popular Made You Look nyanyian asal oleh penyanyi antarabangsa, Meghan Trainor.

Aishah yang kini aktif membuat ‘cover’ lagu itu ternyata tidak menghampakan dalam menghiburkan peminatnya di media sosial.

“Here it is. Jom kita…sebelum Maghrib ni,” tulis Aishah di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata peminat memuji nyanyian Aishah dalam menyanyikan lagu tersebut.

Malah ada juga yang menyatakan sebutan Aishah sentiasa jelas dalam menyampaikan lagu dalam bahasa Inggeris.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Aishah itu telah meraih lebih 15,000 tontonan dan 1,000 tanda suka.

Terdahulu, pelantun lagu Camar Yang Pulang ini pernah menyanyikan semula (cover) lagu-lagu bahasa Inggeris seperti My All nyanyian Mariah Carey, Flowers nyanyian Miley Cyrus, To Love You More nyanyian Celine Dion dan banyak lagi.

Written by: Aqilah


Previous post