Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan kucing-kucing miliknya dilayan kasar.
Difahamkan, dia mengupah seorang individu untuk menjaga kucing-kucingnya ketika dia tiada. Namun, dia terkejut selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan perbuatan sebenar penjaga itu.
Individu itu dilihat mencampakkan kucing-kucingnya ke dalam sangkar. Menurut wanita itu, individu itu sudah lama tinggal di kawasan perumahan berkenaan dan ramai yang mengupahnya untuk mengemas rumah termasuklah menjaga kucing mereka.