Menerusi video perkongsian di TikTok @dinsperabot, kelihatan seorang atuk sedang melayan cucu-cucunya di pagi raya.
“Duit raya untuk cucu-cucu, hiburan keluarga di hari raya,” tulisnya di kapsyen.
Apa yang lebih menarik adalah, lelaki itu mahu memberikan duit raya kepada cucu-cucunya dengan cara berbeza iaitu dengan menggunakan ‘roda impian’.
Dapat dilihat dia telah menghasilkan ‘roda impian’ yang tertera jumlah wang sebagai pemberian duit raya kepada cucu-cucunya.
Bukan itu sahaja, di dalam putaran itu turut terdapat ‘mystery box’ di mana terdapat hadiah misteri lumayan yang menanti cucu-cucunya.