Menerusi video yang dikongsi oleh @syarifshaarani, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam kereta. Kebetulan, lalu seorang aunty Cina dan lelaki itu secara tiba-tiba menurunkan tingkap di bahagiannya.
Perkara itu telah membuatkan aunty berkenaan terkejut dan melatah. Apa yang lebih menghiburkan, dia siap menyebut “Ya Allah” dan telah membuatkan lelaki itu pula terkejut.