Rakyat Malaysia memang cukup terkenal dengan sifat lemah lembut serta bertimbang rasa dan bertoleransi tanpa mengira bangsa atau agama. Walaupun ada anasir yang cuba menghakis sifat perpaduan itu, tetap ramai masih mempertahankan keharmonian sejagat.
Baru-baru ini, sebuah video menerusi akaun TikTok @Jamzapperal memperlihatkan kebaikan seorang aunty berbangsa india yang tidak kekok menyantuni seorang pemuda sewaktu di dalam wad sakit di sebuah hospital.