Perkahwinan penyanyi MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi bersama pilihan hatinya Siti Hajaar sehingga kini masih menjadi perbualan ramai di serata media sosial.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan penyanyi, Zizi Kirana berqasidah ketika majlis pernikahan MK dan Siti Hajaar pada Jumaat lalu.
Susulan itu, rata-rata netizen memuji MK dan isterinya yang memilih untuk mengadakan majlis yang sangat bersederhana, dan islamik.
Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen juga meluahkan rasa kagum terhadap pasangan sejoli ini yang hanya menghebohkan majlis pernikahannya serta tidak mengadakan majlis yang tidak penting.
Sementara itu, tular di media sosial menunjukkan pasangan MK dan Siti Hajaar sama-sama membaca doa sebelum berarak masuk ke dalam dewan ketika majlis bersanding yang diadakan di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada Sabtu lalu.
Menjengah ke ruangan komen, seluruh netizen meluahkan rasa teruja dan respek terhadap MK yang tidak mengikut budaya barat.