Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] Bayi Terkapai Muka Tertekup Bantal, Pengasuh Ralit Main Phone Tak Tengok Belakang

today10 September 2024

Background


Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsi oleh ayah kepada bayi tersebut di TikTok, kelihatan anaknya terkapai-kapai lebih 20 saat kerana mukanya tertekup bantal.

Apa yang mendatangkan kemarahan ramai adalah apabila pengasuh yang berada dekat dengannya tidak menoleh ke tepi, malah sibuk bermain telefon.

Lebih geram lagi apabila pengasuh terbabit masih tidak menghiraukan keadaan bayi itu walaupun bantal sudah terlepas dari mukanya. Difahamkan, pusat jagaan kanak-kanak itu berada di Besut, Terengganu.

“Slumber jer kau main fon, nasib panjang umur anak aku,” kata ayahnya.

Susulan insiden itu, bapa bayi tersebut membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Bawak baby fateh ke Hospital Besut untuk pemeriksaan ditemani IO kes, semoga peroleh keadilan,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post