Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] “Belasah Beramai-Ramai” – 13 Pelajar Kini Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Buli

today29 April 2022

Background


Menerusi video tersebut, kelihatan aksi beberapa orang pelajar sekolah menengah di Langkawi memukul, memijak, menumbuk dan menendang pelajar.

Difahamkan, mangsa seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas dipukul oleh beberapa pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Langkawi pada Rabu.

Menurut sumber, tangkapan itu dilakukan antara pukul 12.30 tengah hari hingga 3 petang tadi membabitkan beberapa lokasi termasuk sekolah serta kediaman pelajar berkenaan.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan termasuk merakamkan keterangan 13 pelajar tersebut.

Terdahulu, polis mengesahkan perselisihan faham punca seorang pelajar dipukul serta dipijak beramai-ramai oleh pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di situ.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post