Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Beri Pesanan Buat Syamsul & Puteri Sarah, Air Mata Yusof Haslam Gugur

today21 June 2022

Background

Penerbit dan bapa kepada Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam sebak ketika memberi pesanan buat anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Yusof, dia tidak mahu memberi komen tentang perkara yang belum berlaku kerana tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak.

Pesanannya buat Puteri Sarah agar kuat menghadapi ujian dan mempertahankan rumah tangga yang telah lama dibina.

β€œSaya doakan mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat dan kalau boleh pertahankan rumah tangga.

β€œSemoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang. Walaupun saya tahu, bercakap memang mudah, yang menanggungnya di bahu dia sendiri.

“Saya harapkan yang terbaik untuk Sarah,” katanya dalam satu temu bual dengan Melodi TV3.

Yusof ditemui ketika majlis tayangan filem Mat Kilau di GSC The Starling Mall, baru-baru ini.

Tambahnya, tiada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka tersasar namun apa sahaja keputusan yang diambil, dia percaya itu sudah ketentuan Tuhan.

β€œSebagai seorang ayah, saya sentiasa mendoakan yang baik. Semoga Syamsul sihat, teruskan perjuangan. Papa Mama amat sayangkan kamu, Syamsul.

β€œApa sahaja keputusan yang berlaku, itu qada dan qadar Allah SWT tentukan. Kami sebagai orang tua doakan dari jauh mudah-mudahan anak dan menantu saya selamat di dunia dan di akhirat,” katanya sambil menahan air mata.

Written by: Salma


Previous post