Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Betty Rahmad Bidas Cikgu Ayu Empire Isu Anak Bising & Kuat Menangis Di Kedai Makan, – “Tak Boleh Pentingkan Diri”

today22 February 2023

Background

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial mengenai isu cara menjaga anak dalam keadaan ‘tantrum’ di kedai makan.

Ia ekoran sebuah video yang dikongsikan oleh individu dikenali sebagai Cikgu Ayu Empire di TikTok yang meluahkan rasa berang apabila ramai yang memandang serong terhadap anak-anaknya yang merengek di kedai makan.

Menurutnya, dia dan anak-anaknya terpaksa duduk di dalam kereta selepas terdapat segelintir pihak yang seolah-olah mengkritiknya kerana membiarkan anaknya menangis.

“Kalau pergi kedai makan ada anak kecik menangis please jangan pandang serong. Kalau korang tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak korang makan dekat rumah je?

“Biasalah budak bila dah sudah makan, tak ada benda nak main dorang akan jadi bosan. Sekali anak aku nangis, time tu la orang nak pandang belakang. Kalau tak suka, bungkus makan dekat rumah je,” ujar individu berkenaan.

Susulan itu, isu ini turut mengambil perhatian selebriti Betty Rahmad yang tampil memberi pendapat peribadinya menerusi sebuah video di TikTok.

Menurut Betty, dia tidak bersetuju dengan perkara disarankan oleh Cikgu Ayu kerana berpendapat bahawa sebagai ibu bapa amat penting untuk menjaga keharmonian orang lain tatkala berada di luar.

“Assalamualaikum. Saya minta maaf kalau ulasan saya ni mengguris akak atau sesiapa yang tengah tengok video ini. Pertama sekali, saya selaku seorang ibu yang ada anak kecil dan selalu makan di kedai makan.

“Saya tak setuju langsung dengan statement akak kata ‘kalau tak suka keadaan bising pergi makan dekat rumah’. Sebab saya rasa patutnya mak bapa yang ada anak kuat meragam suka menangis di luar ni yang patut makan kat rumah.

“Sebab apa kalau kita dah tahu anak kita ni kuat menangis, tak boleh lama-lama di luar, kita kena bawak sesuatu mainan untuk bagi anak leka sementara kita tengah makan.

“Atau boleh bawa anak keluar kejap bagi dia tenang lepastu baru masuk balik ke kedai. Ini supaya kita tidak menganggu orang lain sebab mereka datang ke kedai makan bayar untuk makan bukan nak dengar anak menangis.

“Kita sebagai ibu bapa tak boleh pentingkan diri sendiri. Saya pun akan jadi sakit hati dan pandang 360 darjah je kalau nampak mak bapa yang elok enjoy je makan padahal anak dia tengah menagis dan menganggu orang lain,” bidas Betty.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap Betty dan bersetuju dengan pendapatnya itu.

Written by: Aqilah


Previous post