Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Billie Eilish Suntik Mesej Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Tapi Peminat Di Malaysia Buat Sampah?

today19 August 2022

Background

Sejak konsert Billie Eilish di Malaysia, pelbagai kritikan diterima antaranya kedudukan penonton dengan pentas yang sangat jauh mengundang kemarahan majoriti peminat.

Namun, tidak terlepas juga dengan masalah membuang sampah merata-rata di tempat konsert diadakan iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Melalui perkongsian video TikTok milik @meranomiii, kelihatan banyak sampah-sampah makanan ditinggalkan disekitar stadium.

@meranomiii Malay🤭 #billieeilish #happierthaneverworldtour #fyp ♬ original sound – Jozeph

Untuk rekod, Bilie Eilish merupakan pencinta alam sekitar dan sering menerapkan kesedaran tentang perubahan iklim.

Penyokong usaha alam sekitar ini turut menjadikan konsertnya sebagai salah satu inisiatif untuk memperjuangkan isu perubahan iklim.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan sikap sesetengah peminat yang tidak bertanggungjawab.

“Dissapointed.

“Orang pergi stadium tengok bola pun tak macam ni.

“This is very embarrasing,” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post