Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Buat Latihan Tidur Untuk Bilal, Neelofa Sampai Menyorok!

today16 June 2022

Background

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan dia mengambil kelas β€˜sleep training’ demi putera sulungnya, Muhammad Bilal.

Melalui perkongsian Neelofa di ruangan Instagram Story, dia memberitahu ilmu β€˜sleep training’ bayi adalah sangat berguna.

β€œHari ni first day Muhammad Bilal sleep train. Ni, Bilal sedang nesting for about 15 mins. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelap kan bilik and bonding session 15 mins jugak.

β€œGigih tau Ummi Bilal ambil class. Actually, ilmu sleep training ni sangatlah berguna,” tulisnya.

Sekadar info, β€˜sleep training’ merupakan proses membantu bayi untuk belajar tidur sendiri tanpa bantuan sepanjang malam.

Menurut Neelofa, dia melatih anaknya untuk tidak melihat dirinya ketika waktu β€˜nesting’ dan dia seakan-akan sedang menyorok.

β€œDari nesting lagi Ummi Bilal asyik menyorok tak nak bagi dia nampak kita.

β€œMasa ni Bilal dah tutup mata tapi masih gosok-gosok muka to fall asleep,” tulisnya lagi.

Salah seorang daripada pengikutnya turut bertanyakan tentang waktu tidur Bilal.

β€œAlhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7.30 malam sampai lah subuh.. Tapi akan mintak susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je bukak minum susu,” jawabnya.

‘Sleep train’ tersebut merupakan sesi pertama buat Bilal dan urusan tidurnya dipermudahkan.

β€œAllah mudahkan sleep train untuk hari pertama, semoga esok dan seterusnya lebih mudah.. Semoga anak soleh ni boleh dilatih menjadi independent sleeper dan membesar dengan baik,” tulis Neelofa.

@seorangnur MasyaAllah, anak soleh ❀️ Sleep train ni benda yg Lofa belajar dengan Puan @Nad Masrom haritu rasanya πŸ₯° #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #babylanguage ♬ suara asli – _π™§π™žπ™―π™–π™‘π™—π™šπ™£π™ͺ

Written by: Salma


Previous post