Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Budak Tak Pandai Menipu” – Fattah Amin Beri Arahan Berlakon, Gelagat Fatima Kata ‘No’ Pada Anak Patung Buat Netizen Geli Hati!

today29 April 2023

Background

Anak kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mencuri perhatian apabila tidak mahu melontarkan dialog yang diarahkan ibu bapanya.

Menerusi perkongsian Fattah di TikTok, Fatima yang berlakon untuk sesebuah iklan mengikuti sahaja arahan daripada bapanya.

Namun, apabila disuruh menyatakan dialog anak patung panda yang diciumnya berbau wangi, dia tidak mahu berbuat demikian.

“Kiss panda. Cakap wanginya,” ujar Fattah dan Fazura.

“No,” balas Fatima secara jujur.

@fattahamin #daddysbabygirl @Fazura ♬ original sound – Fattah Amin

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagatnya malah memuji kepintaran dan kejujuran Fatima.

“The real budak takkan menipu.

“Bijak dia ni. Panda tak wangi so kena la cakap no.

“Bagus kecil-kecil dah buat honest review,” komen netizen.

Written by: Aqilah