Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Cat Farish Beri Bayangan Bakal Kahwin Dengan Shikin Maembong Dalam Masa Terdekat?

today15 May 2023

Background

Umum mengetahui penyanyi Cat Farish kini sedang hangat menjalin cinta bersama kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video sedang membuat trend rakaman ala-ala Wes Anderson di Instagram (IG).

“Disebalik reels ada makna, duk pandang-pandang, duk jeling, duk pi mana pun tang tu juga, tang mana tu?

“Tunggu nak halal kan je. Insya-Allah, doa-doa yang baik,” tulis Cat ringkas.

Namun di sebalik perkongsian video tersebut, terdapat beberapa makna tersembunyi yang pasangan ini cuba mahu kongsikan.

Ternyata, perkongsian Cat itu menjadi persoalan kepada semua yang menonton

Lebih mengejutkan, ada juga yang mendakwa Cat dan Shikin bakal disatukan dalam masa terdekat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat mula berteka-teki adakah pasangan tersebut bakal bernikah dalam masa terdekat.


Malah, ramai juga yang mendoakan agar urusan Cat dan Shikin dipermudahkan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 81,000 tontonan dan lebih 4,300 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œSaya Akan Berjumpa Dengan Keluarga Shikin Untuk…” – Cat Farish

Written by: Aqilah


Previous post