Bukan saja menyediakan ruang solat yang cantik dan selesa, Christy juga menghadiahkan telekung dan jubah Siti Khadijah untuk stafnya.
Christy sempat meminta pekerja Muslimnya mendoakan agar syarikat berkenaan sentiasa diberkati dan dirahmati.
“Biar kita semua dalam lindungan-Nya. Kewajipan Christy sebagai majikan dah ditunaikan. Tinggal kewajipan masing-masing. Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja,” katanya.