Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Comelnya Anak Fattah & Fazura! Gelagat Fatima Tak Tutup Peti Sejuk Buat Netizen Terhibur

today23 May 2023

Background

Anak kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, Nur Fatima Aisya mencuri perhatian warganet dengan gelagat comel yang berlari selepas tidak metutup peti sejuk.

Menerusi perkongsian di TikTok @fazura.official, Fatima sedang mengambil makanan di dalam peti sejuk kemudian cuba menutup pintu ais tetapi dihalang oleh mangkuk sehingga menyebabkan pintu peti sejuk itu tidak dapat ditutup dengan betul.

@fazura.official comel je fatima muka tak bersalah dia 😂🥰 love you nyama!! #fazura #fattahamin #fattzura #tudungfazura ♬ Funny Song – Cavendish Music

Fatima cuba menutup pintu peti ais sebabyak dua kali dan akhirnya Fatima memutuskan untuk membiarkan sahaja pintu tersebut terbuka.

Apa yang menarik perhatian apabila bapanya, Fattah yang merekod kejadian terbabit dapat mengejutkan anaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi muka Fatima selepas ‘dijerkah’ oleh Fattah seperti baru melakukan kesalahan berat.

“Kantoi sudah. Tengok ulang-ulang biar terkejut banyak kali. Comelnya Fatima terkejut. Weh muka bapa muka mak lepas dia terkejut, aku nampak muka dua-dua,” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post