Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Cover Lagu Rumah Singgah Di TikTok Dapat Sambutan, Peminat Rindu Ariz Lufias & Forteen

today6 June 2022

Background

Penyanyi Ariz Lufias berjaya mengubati kerinduan peminat selepas membuat ‘cover’ lagu Rumah Singgah nyanyian Fabio Asher setelah sekian lama menyepi dalam industri.

Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 33, merupakan salah satu anggota kumpulan Forteen yang pernah menjadi kegilaan ramai remaja suatu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian di TikTok, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa rindu mereka untuk mendengar penyanyi itu menyanyi kembali.

“Rindu nak dengar suara.. Thank you,” komen seorang peminatnya.

“Rindunya suara abang,” komen seorang pengikutnya.

“Rindunya Ariz nyanyi. Lama sangat dah tak buat comeback,” tulis seorang warganet.

@arizlufias Rumah Singgah. Tapi jangan singgah, stay terus please. πŸ₯ΊπŸ‘ #rumahsinggah ♬ original sound – Ariz Lufias

Perkongsian tersebut turut membuat peminatnya berharap agar Ariz kembali aktif bernyanyi walaupun secara solo.

“Wow.. Suara still awesome. Please come back,” tulis peminatnya.

“Kenapa tak jadi menyanyi solo?” komen seorang netizen.

Kini, pelantun lagu Berdua Bersatu itu lebih aktif berkongsi resipi masakan dan bakatnya dalam membuat kek menerusi platform TikToknya.

Selain Ariz, kumpulan Forteen juga turut dianggotai oleh Ameerais Azhar dan One Shariffudin.

Malah, Izzue Islam juga pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan tersebut.

Written by: Salma


Previous post