Menerusi video yang dimuat naik oleh @anasmansor99, kelihatan dia mendapat order daripada pelanggannya yang duduk di sebuah kawasan rumah flat.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila customernya itu sempat memberikan nota pada pesanan itu di mana dia perlu mengetuk pintu rumah sebaik saja meletakkan makanan dan terus berlari.
Lebih melucukan lagi, abang foodpanda itu dengan rela hati menyahut pesanan daripada customer tersebut dan menunaikan permintaannya.