Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Dah La Single, Lepastu Tak Kaya” – Raih Pendapatan RM76,000 Dalam Masa Seminggu, Warganet Bengang ‘Statement’ Suami Fatin Afeefa

today12 January 2023

Background

Pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering mencuri perhatian warganet di media sosial selepas mendirikan rumah tangga.

Terkini, tular sebuah video siaran langsung di TikTok menunjukkan aksi mesra antara Fatin dan Aliff atau lebih mesra dikenali sebagai Opai.

Menerusi video tersebut, Fatin terkejut saat Opai bergurau menyebut perkataan cerai, namun pantas menjelaskan keadaan sebenar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Awang Sering Dipujuk Fatin Afeefa Walaupun Selalu Buat Hal, Netizen Nasihat Jangan Terlampau ‘Angau’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

“Sumpah tak kelakar saya tengah buat live,” soal Fatin.

“Saya punya sifat suka kumpul kereta mewah. Mana saya nak ceraikan awak,” kata Opai lalu terus mencium dahi isterinya itu.

Fatin kemudian membuat aksi mesra bersama suami dan berseloroh kepada penonton yang ‘single’.

“Dah la single tak ada duit pula tu. Sweet dengan bini murah rezeki. Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ni saja dah buat 17,500 USD (RM76,000). Korang semua sayuran!” kata Opai dalam video berkenaan.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, kenyataan yang keluar daripada mulut Opai membuatkan ramai tersinggung dan terasa hati.

Rata-rata netizen menitipkan pesanan pedas dan padu kepada Opai yang meminta dirinya untuk beringat rezeki berada di tangan Sang Pencipta.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen berpendapat bahawa Opai sengaja memberi komen sebegitu dipercayai untuk menyindir seseorang.

 

Written by: Aqilah


Previous post