Menerusi video di akaun TikTok @housetourmalaysia, kelihatan seorang wanita telah menemu ramah seorang penduduk di situ.
Menurut penduduk di situ, setiap tingkat perumahan tersebut telah dihiasi mengikut tema yang berbeza. Antara tema yang menarik adalah di tingkat enam, tujuh dan sembilan.
Malah, dia juga menunjukkan salah satu tingkat dihiasi dengan pelbagai lukisan yang digantung di dinding tak ubah seperti sedang berada di galeri seni.
Selain daripada itu, ada juga tingkat yang dihiasi penduduk seolah-olah seperti berada ruang tamu rumah termasuk lampu chandelier.
Difahamkan, kos dekorasi ini telah dibincang lebih awal untuk mendapatkan persetujuan bersama. Penduduk juga sama-sama berkongsi duit untuk menghasilkan dekorasi mengikut kreativiti mereka.
