Site icon Hot FM

[VIDEO] Dakwa Diikut 2 Lelaki Berbadan Besar, Nora Ariffin Panik!

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berdepan situasi cemas apabila berkongsi bahawa dia diekori oleh dua orang lelaki berbadan besar yang tidak dikenali ketika berhenti untuk membeli makanan.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di Instagram, Nora atau nama penuhnya,  Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi tentang detik cemas yang dilaluinya apabila menyedari terdapat sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner mengekorinya.

“Hati-hati ladies out there. Kejadian petang tadi. Syukur Allah lindung,” tulisnya

Lebih mencemaskan, Nora menjelaskan kenderaan tersebut bertindak menyekat kereta miliknya pada bahagian belakang sehingga menyebabkan dia sukar untuk keluar dari parkir tersebut.

“Sekarang ni saya tengah panik, tadi saya drive kereta dan parking kat tepi sebab nak beli goreng pisang. Mula-mula kereta jenis Fortuner tu ikut saya, dan saya perasan benda tu, saya terus masuk kereta dan lock the door. Dan masa tu dia dah block kereta saya dibahagian belakang. Maknanya saya memang tak boleh keluar.

“Masa tu Allah sahaja yang tau.  Masa saya tengok side mirror, saya tengok belakang then masa tu dia buka cermin ada dua orang lelaki berbadan besar seperti gangster. Saya cepat-cepat baca doa pendinding diri dan minta pertolongan daripada Allah dan selepas itu mereka pergi. Saya pun segera tinggalkan tempat tu,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Dendam Dalam Diam itu sempat menitipkan pesan terutamanya kepada golongan wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan doa untuk melindungi diri terutamanya ketika berhadapan dengan kejadian sebegini.

“Saya nak pesan pada kaum wanita, tolong berhati-hati di luar sana. Kita tak tahu apa yang akan jadi. Perlu sentiasa berjaga-jaga, amalkan doa pelindung diri dengan izin Allah.

 

Exit mobile version