Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Didakwa Konsep ‘Photoshoot’ Melampau, Tya Ariffin Tampil Dedah Hal Sebenar!

today7 October 2022

Background

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pelakon dan usahawan, Tya Ariffin sedang menjalani penggambaran.

Namun, konsep yang digunakan dikritik keterlaluan kerana mempunyai babak gaya panas seperti dilihat menerusi video yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, Tya Ariffin dengan tenang tampil memberi penjelasan mengenai video sesi penggambaran tersebut.

Menurut Tya, video tersebut ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan dia menyedari apabila ramai yang menghantar Direct Message (DM) serta meninggalkan komen negatif terhadapnya.

“Tya dapat tahu sebenarnya ada dah ramai orang yang tiba-tiba DM Tya atau komen negatif.

“Sebenarnya video yang telah ditularkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.” Ujarnya.

Katanya lagi, video tersebut bukanlah seperti yang ditularkan malah bukan untuk dikongsi kerana video sebenar akan disiarkan pada tarikh lain.

Jelas Tya, video-video tersebut telah digabungkan dan individu tersebut membuat perspektif sendiri.

“Video tersebut adalah bukan sepatutnya untuk dikongsikan… sepatutnya video sebenar akan dilancarkan pada tanggal 10 Oktober ini.

“Tetapi… ada pihak yang dia ambil masa kita shooting, kadang-kadang kita shooting pun masa tu ada orang daripada luar kan, ada team semua, kru semua membuatkan dia compile video, dia buat perspektif sendiri dan dia mengundang perspektif orang lain juga,” jelasnya.

Oleh itu, Tya memaklumkan bahawa dia berasa sedih ketika video tersebut tersebar awal sehingga membuatkan orang ramai mempunyai pandangan yang berbeza.

“Tya sedih ketika video tu dah keluar awal dan dia membuatkan perspektif orang berbeza dan Tya pesan pada semua you all kena bersabar dan tengok sebenar macam mana video tersebut apa yang akan jadi pada tanggal 10/10 kerana Tya tak boleh bagitau sekarang.

“Terima kasih juga kepada yang memahami dan yang sokong Tya,” ucapnya menerusi video penjelasan.

@tyaarifinnw Terimakasih yang sudah memahami ❤️ #10.10 #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp ♬ suara asli – Tya Arifin

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berbaring Atas Katil, Pakai Bathrobe, Viral Tya Ariffin Rakam Video Selit Adegan Panas! Netizen Dakwa Marketing

Written by: Aqilah