Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Didakwa Meluat Interview Abang Tesla, Ini Reaksi Netizen Bila Lihat Muka Amelia Henderson: “Ketara Tahan Geram, Tetap Profesional”

today1 September 2023

Background

Pelakon jelita, Amelia Henderson menjadi perbualan ramai selepas tular video temubual bersama individu sensasi dikenali sebagai Abang Tesla.

Menerusi video tersebut, wajah Amelia menjadi tumpuan ramai yang seakan menahan geram dan amarahnya sepanjang temubual bersama media swasta itu dijalankan.

Ketika itu, Abang Tesla yang heboh ekoran video meminta izin isteri untuk berkahwin dua menjawab persoalan tentang motif disebalik video tular tersebut.

“Tak ada nak cakap menyinggung perasaan isteri. Kadang kala orang yang melebih-lebih. Saya pun sebagai content creator, jadi kalau tak buat video tu nanti orang fitnah pula kalau saya tak bagi tahu,” ujarnya. 

Sepanjang Abang Tesla memberikan pendapatnya itu, aktres drama rantaian Kisah Cinta Kita itu kelihatan tidak selesa dan cuba untuk menahan emosinya agar nampak profesional. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memahami perasaan Amelia mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mewakili wantia dalam memberikan reaksi meluat terhadap Abang Tesla. 

Dalam pada itu, ramai yang memuji Amelia kekal profesional menjalankan tugasnya sebagai host program tersebut.


Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 800,000 tontonan, 50,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Artikel Berkaitan: Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Berpoligami Sebab Zuriat, Abang Tesla Pilih Kahwin Lagi Kalau Isteri Kedua Masih Tak Boleh Bagi Anak?

Written by: Aqilah